Tuesday, May 27, 2008

Ucapan Syukur Atas kemenangan Stacy AF6


Kita pasti orang-orang Sabah terutamanya sangat bangga kerana juara Akademik Fantasia ( AF6) kali ini adalah dari Sabah. Beberapa musim yang lalu semua peserta Sabah hanya menduduki tempat yang dua sahaja. Tetapi kali ini Stacy telah mencipta rekod buat Sabah dalam bidang seni suara. Kita berharap dan berdoa Stacy terus dapat memantapkan bakat nyanyiannya dan masa yang sama terus dapat memelihara imannya kepada Tuhan yang disembahnya turun temurun. Kita doakan juga semoga bapa Stacy akan sembuh dan dapat bersama-sama Stacy di rumah baru mereka di Melaka. Jangan pula menjadi orang Melaka, jangan lupa kampung halaman, ya, Stacy. Kami mengundi kamu bukan untuk menjadi orang Melaka tetapi kami bersyukur kerana kamu bersama-sama dengan orang-orang Sabah terus menaikan nama baik negeri ini dan bangsa kita. Kami akan senantiasa menyokong kamu dan bila ada konsert nanti di Sabah mahu pun album Stacy sudah keluar, kami akan bersama-sama untuk menjadi peminat mu yang setia.

Harapan kami Stacy menjadi role model kepada belia-belia Kadazandusunmurut (KDM) seluruh negara. Tahniah Stacy!!! Hati-hati memandu dijalanraya dengan kereta mewah mu itu....

Thursday, May 22, 2008

Ucapan Tahniah Kepada YB baru N. 4 Matunggung


Pada pilihanraya yang baru lalu 8 Mac 2008 sekali lagi kerajaan yang ada Barisan Nasional telah membentuk kerajaan dengan majoriti mudah. Semua rakyat telah berperanan penting dalam menentukannya termasuk saya, namun saya berasakan sesuatu yang belum mencukupi untuk saya menunaikan kewajiban kepada bangsa, agama dan negara saya, yang saya cintai ini. Bagaimana teman-teman yang masih belum lagi mendaftar sebagai sebagai pemilih? Mungkin itu bukan yang terpenting bagi anda tetapi itu juga salah satu kewajiban yang penting bagi anda. Bagaimana mungkin kita mengatakan saya setia kepada negara sedangkan hal yang mudah dibuat kita tidak dapat lakukannya. Daftarlah sebagai pengundi!!!

Saya berterimakasih kepada Kerajaan yang ada kerana telah menyediakan infrastruktur yang lebih baik kepada kampung-kampung ada di sekitar Pekan Sikuati sekarang ini. Sekolah yang mencukupi, bekalan eletrik dan sebagian sudah ada dapat bekalan air dan talian tetap telefon. Namun sesuatu yang perlu juga diperhatikan adalah jalanraya Marabau-Rampai dari Pekan Sikuati ke Kg.Bambangan yang sangat daif. Pastikan selama tempoh penggal 2008-2013 bagi pemerintah sekarang, sukacita kiranya dapat menaiktaraf jalan tersebut yang digunakan oleh beberapa kampung; Pekan Sikuati,Kg. Popot, Kg.Rampai Besar, Kg.Vinilai Rampai, Kg.Marabau Bonsiku, Kg.Marabau, Kg.Marabau Laut dan Kg.Bambangan. Ia juga jalanraya alternatif dari Sikuati ke Kg.Dampirit, Kg.Masangkung dan seterusnya ke Bandar Kudat. Jalan ini merupakan jalanraya yang tersibuk disekitar Pekan Sikuati, ianya digunakan oleh masyarakat sekitar dan kanak-kanak sekolah. Jadi harapan kami pihak yang berkewajiban boleh bertindak pada masa ini, sebelum jalan terlalu rosak dan tidak dapat digunakan lagi dan seterusnya semua terlambat. Jangan menunggu pilihanraya akan datang sebab mungkin giliran pihak lain yang akan memerintah. Jadi berikan yang terbaik untuk mendapatkan yang terbaik juga.

Kita bersyukur kerana pemimpin rakyat yang terpilih adalah anak jati tempatan, jadi diharapkan dengan kredibiliti ini akan memampukan lagi YB kita melakukan yang terbaik bagi kawasannya. Bukan hanya YB yang tempatan tetapi PKR juga adalah anak jati tempatan. Berikan prioritas untuk menaiktaraf jalanraya Kg.Marabau-Rampai ini. Kita menantikan jalanraya ini selamat dilalui oleh semua jenis kenderaan. Di mana ada keselesaan, di situlah ada kemajuan dan bila ada kemajuan, rakyat tak akan ke mana lagi, pasti setia bersama para pemimpinnya yang ada sekarang ini. Berkhidmatlah seolah-olah bukan hanya berkhidmat untuk manusia tetapi untuk Tuhan!!!

Monday, May 12, 2008

Selamat Datang ke Sikuati Blog

Hi,
Rakyat Malaysia, khususnya yang ada di Sabah, Daerah Kudat, N.4 Matunggung dan sekitarnya.
Teman-teman yang budiman keadaan hari ini boleh menentukan bagaimana kita di masa akan datang. Persiapan kita untuk menghadapi dunia masa depan sangat ditentukan bagaimana kita memberi respon kepada persekitaran kita pada masa kini. Pendidikan, politik, kerohanian, informasi dan bidang perniagaan di sekitar kita akan dapat sedikit sebanyak mempengaruhi mental dan emosi kita dan masa yang sama dapat menentukan tindakan yang kita ambil dalam meneruskan kehidupan yang sangat singkat ini. Apakah yang harus, wajib dan yang terbaik kita lakukan?.............