Monday, July 28, 2008

Ucapan Tahniah Kepada PKR baru N.4 Matunggung Yth.Majin Moginda


Anak Sikuati, mengucapkan tahniah dan syabas kepada anak watan Kg.Marabau yang telah membuka satu lagi sejarah baru bagi kampung ini. Yth.Majin Moginda adalah orang yang pertama sekali menjawat jawatan PKR dari Kg.Marabau. Sebagai penduduk Kg.Marabau, Sikuati dan dalam kawasan N.4 Matunggung kita harus berbangga dengan pelantikan beliau oleh YB.Sarapin Magana, yang juga YB yang baru bagi N.4 Matunggung. Semoga dengan perlantikan ini Yth.Majin M. dapat menggunakan kapasitinya untuk menjadi saluran pembangunan bagi N.4 Matunggung. Jadikanlah perkhidmatan ini sebagai peluang keemasan untuk membuktikan bahawa bangsa kita mampu berjaya dan seiring dengan kebolehan yang dimiliki oleh bangsa-bangsa yang lain. Kita percaya bila kampung kita, kawasan kita dan bangsa kita dapat dimajukan melalui perkhidmatan beliau maka secara langsung kepimpinan dan pentadbiran PBS di kawasan N.4 Matunggung boleh kita pertahankan dan rakyat kurang alasan untuk mahu menukar kepimpinan mahu pun kerajaan. Kita berdoa kepada Tuhan agar Sdra.Majin dan keluarga diberikan hikmat, kebijaksanaan dan kesihatan yang baik untuk dapat bertugas dan berkhidmat dengan baik kepada Tuhan dan negara tercinta ini. Selamat berbakti kepada N.4 Matunggung...

Tuesday, June 24, 2008

Politik Masa Kini; Sabah.

Bila kita melihat trend politik Sabah sekarang ini, saya berasa bimbang dan khuatir, apakah suatu saat nanti politik berasaskan kaum ini menular menjadi sentimen perkauman yang extrem. Atau bangsa yang kuat akan lebih maju lagi manakalah bangsa yang lemah akan terus lemah dan hilang identitinya di bumi Sabah, Malaysia yang tercinta ini. Parti-parti berasaskan kaum mula datang ke Sabah pada tahun 90'an kerana beranggapan bahawa Anak Sabah kurang mampu mengendalikan negeri ini...UMNO datang melebarkan sayapnya ke Sabah, sekarang MCA untuk Cina, MIC untuk India.... Kita rindu rakyat yang berbilang bangsa ini terus dapat bersatu tanpa sempadan dalam memperjuangan dan membangunkan negeri yang tercinta ini. Apakah 'role model' menjadi 'Bangsa Malaysia' itu? Apakah definisi wawasan 2020 bagi menjadikan Malaysia sebagai Satu Bangsa Malaysia? Saya sangat bangga dengan menteri-menteri Sabah sekarang ini...mereka sedar bagaimana bezanya kita di Sabah dan Labuan...orang Melayu boleh duduk satu meja makan dengan bangsa lain...India boleh pergi ke mana sahaja untuk perniagaannya...kedai orang Cina memiliki pelanggan semua bangsa....apakah kita patut meruntuhkan ini semua...saya bimbang. Namun jauh sebelum semuanya itu terjadi mari kita lihat ke suatu sudut yang positif untuk trend politik yang demikian. Persaingan harus menjurus kepada yang sehat dan seimbang. Kita harus mendidik, menanam jauh kedalam hati anak-anak kita sekarang ini untuk mengasihi, menghargai dan menghormati agama, bangsa dan budaya bangs-bangsa di sekeliling kita. Kalau tidak keterlaluan saya boleh katakan, sekolah-sekolah yang ada sekarang ada S.K, SRK, SJK, SM, SMK, SMJK dan sebagainya, mansuhkan saja itu dan satukan dengan satu nama sahaja. Biar semua sekolah mempunyai pelajar-pelajar dan guru-guru Melayu, India, Cina, Kadazan, Murut, Rungus, Dusun, dsb. Demikian juga dengan pendidikan agama, semasa di sekolah rendah; boleh agama Islam dengan pelajar Islamnya, agama Kristian dengan pelajar Kristiannya, agama Hindu dengan pelajar Hindunya, agama Buddha dengan pelajar Buddhanya, demikian agama-agama yang lain, tetapi bila di sekolah menengah, jauh dilubuk hati saya, alangkah baiknya jika anak-anak juga dapat mempelajari agama dan budaya kawan-kawannya yang lain bangsanya. Jadi biarkanlah mereka duduk dalam satu kelas, belajar bersama untuk semua agama yang ada... Ini hanyalah pandangan orang bukan politikus... Keluarkan Sabah dari politik berasakan kaum...kita tidak biasa dengan keadaan politik yang demikian...semua bangsa di Sabah sudah ada tali silaturahim/persuadaraan yang erat. Itu sebabnya kita ada PBS untuk semua bangsa..........kita bukan berjuang untuk satu bangsa tetapi untuk semua bangsa, Bangsa Malaysia..sekian.

Tuesday, May 27, 2008

Ucapan Syukur Atas kemenangan Stacy AF6


Kita pasti orang-orang Sabah terutamanya sangat bangga kerana juara Akademik Fantasia ( AF6) kali ini adalah dari Sabah. Beberapa musim yang lalu semua peserta Sabah hanya menduduki tempat yang dua sahaja. Tetapi kali ini Stacy telah mencipta rekod buat Sabah dalam bidang seni suara. Kita berharap dan berdoa Stacy terus dapat memantapkan bakat nyanyiannya dan masa yang sama terus dapat memelihara imannya kepada Tuhan yang disembahnya turun temurun. Kita doakan juga semoga bapa Stacy akan sembuh dan dapat bersama-sama Stacy di rumah baru mereka di Melaka. Jangan pula menjadi orang Melaka, jangan lupa kampung halaman, ya, Stacy. Kami mengundi kamu bukan untuk menjadi orang Melaka tetapi kami bersyukur kerana kamu bersama-sama dengan orang-orang Sabah terus menaikan nama baik negeri ini dan bangsa kita. Kami akan senantiasa menyokong kamu dan bila ada konsert nanti di Sabah mahu pun album Stacy sudah keluar, kami akan bersama-sama untuk menjadi peminat mu yang setia.

Harapan kami Stacy menjadi role model kepada belia-belia Kadazandusunmurut (KDM) seluruh negara. Tahniah Stacy!!! Hati-hati memandu dijalanraya dengan kereta mewah mu itu....

Thursday, May 22, 2008

Ucapan Tahniah Kepada YB baru N. 4 Matunggung


Pada pilihanraya yang baru lalu 8 Mac 2008 sekali lagi kerajaan yang ada Barisan Nasional telah membentuk kerajaan dengan majoriti mudah. Semua rakyat telah berperanan penting dalam menentukannya termasuk saya, namun saya berasakan sesuatu yang belum mencukupi untuk saya menunaikan kewajiban kepada bangsa, agama dan negara saya, yang saya cintai ini. Bagaimana teman-teman yang masih belum lagi mendaftar sebagai sebagai pemilih? Mungkin itu bukan yang terpenting bagi anda tetapi itu juga salah satu kewajiban yang penting bagi anda. Bagaimana mungkin kita mengatakan saya setia kepada negara sedangkan hal yang mudah dibuat kita tidak dapat lakukannya. Daftarlah sebagai pengundi!!!

Saya berterimakasih kepada Kerajaan yang ada kerana telah menyediakan infrastruktur yang lebih baik kepada kampung-kampung ada di sekitar Pekan Sikuati sekarang ini. Sekolah yang mencukupi, bekalan eletrik dan sebagian sudah ada dapat bekalan air dan talian tetap telefon. Namun sesuatu yang perlu juga diperhatikan adalah jalanraya Marabau-Rampai dari Pekan Sikuati ke Kg.Bambangan yang sangat daif. Pastikan selama tempoh penggal 2008-2013 bagi pemerintah sekarang, sukacita kiranya dapat menaiktaraf jalan tersebut yang digunakan oleh beberapa kampung; Pekan Sikuati,Kg. Popot, Kg.Rampai Besar, Kg.Vinilai Rampai, Kg.Marabau Bonsiku, Kg.Marabau, Kg.Marabau Laut dan Kg.Bambangan. Ia juga jalanraya alternatif dari Sikuati ke Kg.Dampirit, Kg.Masangkung dan seterusnya ke Bandar Kudat. Jalan ini merupakan jalanraya yang tersibuk disekitar Pekan Sikuati, ianya digunakan oleh masyarakat sekitar dan kanak-kanak sekolah. Jadi harapan kami pihak yang berkewajiban boleh bertindak pada masa ini, sebelum jalan terlalu rosak dan tidak dapat digunakan lagi dan seterusnya semua terlambat. Jangan menunggu pilihanraya akan datang sebab mungkin giliran pihak lain yang akan memerintah. Jadi berikan yang terbaik untuk mendapatkan yang terbaik juga.

Kita bersyukur kerana pemimpin rakyat yang terpilih adalah anak jati tempatan, jadi diharapkan dengan kredibiliti ini akan memampukan lagi YB kita melakukan yang terbaik bagi kawasannya. Bukan hanya YB yang tempatan tetapi PKR juga adalah anak jati tempatan. Berikan prioritas untuk menaiktaraf jalanraya Kg.Marabau-Rampai ini. Kita menantikan jalanraya ini selamat dilalui oleh semua jenis kenderaan. Di mana ada keselesaan, di situlah ada kemajuan dan bila ada kemajuan, rakyat tak akan ke mana lagi, pasti setia bersama para pemimpinnya yang ada sekarang ini. Berkhidmatlah seolah-olah bukan hanya berkhidmat untuk manusia tetapi untuk Tuhan!!!

Monday, May 12, 2008

Selamat Datang ke Sikuati Blog

Hi,
Rakyat Malaysia, khususnya yang ada di Sabah, Daerah Kudat, N.4 Matunggung dan sekitarnya.
Teman-teman yang budiman keadaan hari ini boleh menentukan bagaimana kita di masa akan datang. Persiapan kita untuk menghadapi dunia masa depan sangat ditentukan bagaimana kita memberi respon kepada persekitaran kita pada masa kini. Pendidikan, politik, kerohanian, informasi dan bidang perniagaan di sekitar kita akan dapat sedikit sebanyak mempengaruhi mental dan emosi kita dan masa yang sama dapat menentukan tindakan yang kita ambil dalam meneruskan kehidupan yang sangat singkat ini. Apakah yang harus, wajib dan yang terbaik kita lakukan?.............