Tuesday, June 24, 2008

Politik Masa Kini; Sabah.

Bila kita melihat trend politik Sabah sekarang ini, saya berasa bimbang dan khuatir, apakah suatu saat nanti politik berasaskan kaum ini menular menjadi sentimen perkauman yang extrem. Atau bangsa yang kuat akan lebih maju lagi manakalah bangsa yang lemah akan terus lemah dan hilang identitinya di bumi Sabah, Malaysia yang tercinta ini. Parti-parti berasaskan kaum mula datang ke Sabah pada tahun 90'an kerana beranggapan bahawa Anak Sabah kurang mampu mengendalikan negeri ini...UMNO datang melebarkan sayapnya ke Sabah, sekarang MCA untuk Cina, MIC untuk India.... Kita rindu rakyat yang berbilang bangsa ini terus dapat bersatu tanpa sempadan dalam memperjuangan dan membangunkan negeri yang tercinta ini. Apakah 'role model' menjadi 'Bangsa Malaysia' itu? Apakah definisi wawasan 2020 bagi menjadikan Malaysia sebagai Satu Bangsa Malaysia? Saya sangat bangga dengan menteri-menteri Sabah sekarang ini...mereka sedar bagaimana bezanya kita di Sabah dan Labuan...orang Melayu boleh duduk satu meja makan dengan bangsa lain...India boleh pergi ke mana sahaja untuk perniagaannya...kedai orang Cina memiliki pelanggan semua bangsa....apakah kita patut meruntuhkan ini semua...saya bimbang. Namun jauh sebelum semuanya itu terjadi mari kita lihat ke suatu sudut yang positif untuk trend politik yang demikian. Persaingan harus menjurus kepada yang sehat dan seimbang. Kita harus mendidik, menanam jauh kedalam hati anak-anak kita sekarang ini untuk mengasihi, menghargai dan menghormati agama, bangsa dan budaya bangs-bangsa di sekeliling kita. Kalau tidak keterlaluan saya boleh katakan, sekolah-sekolah yang ada sekarang ada S.K, SRK, SJK, SM, SMK, SMJK dan sebagainya, mansuhkan saja itu dan satukan dengan satu nama sahaja. Biar semua sekolah mempunyai pelajar-pelajar dan guru-guru Melayu, India, Cina, Kadazan, Murut, Rungus, Dusun, dsb. Demikian juga dengan pendidikan agama, semasa di sekolah rendah; boleh agama Islam dengan pelajar Islamnya, agama Kristian dengan pelajar Kristiannya, agama Hindu dengan pelajar Hindunya, agama Buddha dengan pelajar Buddhanya, demikian agama-agama yang lain, tetapi bila di sekolah menengah, jauh dilubuk hati saya, alangkah baiknya jika anak-anak juga dapat mempelajari agama dan budaya kawan-kawannya yang lain bangsanya. Jadi biarkanlah mereka duduk dalam satu kelas, belajar bersama untuk semua agama yang ada... Ini hanyalah pandangan orang bukan politikus... Keluarkan Sabah dari politik berasakan kaum...kita tidak biasa dengan keadaan politik yang demikian...semua bangsa di Sabah sudah ada tali silaturahim/persuadaraan yang erat. Itu sebabnya kita ada PBS untuk semua bangsa..........kita bukan berjuang untuk satu bangsa tetapi untuk semua bangsa, Bangsa Malaysia..sekian.