Thursday, May 22, 2008

Ucapan Tahniah Kepada YB baru N. 4 Matunggung


Pada pilihanraya yang baru lalu 8 Mac 2008 sekali lagi kerajaan yang ada Barisan Nasional telah membentuk kerajaan dengan majoriti mudah. Semua rakyat telah berperanan penting dalam menentukannya termasuk saya, namun saya berasakan sesuatu yang belum mencukupi untuk saya menunaikan kewajiban kepada bangsa, agama dan negara saya, yang saya cintai ini. Bagaimana teman-teman yang masih belum lagi mendaftar sebagai sebagai pemilih? Mungkin itu bukan yang terpenting bagi anda tetapi itu juga salah satu kewajiban yang penting bagi anda. Bagaimana mungkin kita mengatakan saya setia kepada negara sedangkan hal yang mudah dibuat kita tidak dapat lakukannya. Daftarlah sebagai pengundi!!!

Saya berterimakasih kepada Kerajaan yang ada kerana telah menyediakan infrastruktur yang lebih baik kepada kampung-kampung ada di sekitar Pekan Sikuati sekarang ini. Sekolah yang mencukupi, bekalan eletrik dan sebagian sudah ada dapat bekalan air dan talian tetap telefon. Namun sesuatu yang perlu juga diperhatikan adalah jalanraya Marabau-Rampai dari Pekan Sikuati ke Kg.Bambangan yang sangat daif. Pastikan selama tempoh penggal 2008-2013 bagi pemerintah sekarang, sukacita kiranya dapat menaiktaraf jalan tersebut yang digunakan oleh beberapa kampung; Pekan Sikuati,Kg. Popot, Kg.Rampai Besar, Kg.Vinilai Rampai, Kg.Marabau Bonsiku, Kg.Marabau, Kg.Marabau Laut dan Kg.Bambangan. Ia juga jalanraya alternatif dari Sikuati ke Kg.Dampirit, Kg.Masangkung dan seterusnya ke Bandar Kudat. Jalan ini merupakan jalanraya yang tersibuk disekitar Pekan Sikuati, ianya digunakan oleh masyarakat sekitar dan kanak-kanak sekolah. Jadi harapan kami pihak yang berkewajiban boleh bertindak pada masa ini, sebelum jalan terlalu rosak dan tidak dapat digunakan lagi dan seterusnya semua terlambat. Jangan menunggu pilihanraya akan datang sebab mungkin giliran pihak lain yang akan memerintah. Jadi berikan yang terbaik untuk mendapatkan yang terbaik juga.

Kita bersyukur kerana pemimpin rakyat yang terpilih adalah anak jati tempatan, jadi diharapkan dengan kredibiliti ini akan memampukan lagi YB kita melakukan yang terbaik bagi kawasannya. Bukan hanya YB yang tempatan tetapi PKR juga adalah anak jati tempatan. Berikan prioritas untuk menaiktaraf jalanraya Kg.Marabau-Rampai ini. Kita menantikan jalanraya ini selamat dilalui oleh semua jenis kenderaan. Di mana ada keselesaan, di situlah ada kemajuan dan bila ada kemajuan, rakyat tak akan ke mana lagi, pasti setia bersama para pemimpinnya yang ada sekarang ini. Berkhidmatlah seolah-olah bukan hanya berkhidmat untuk manusia tetapi untuk Tuhan!!!

No comments: